Motorsikal Honda RC213V Merempit Di Atas Salji Ditunggangi Marc Marquez

ohmotogp-marc-marquez-salji-snow-2017-1

Motorsikal Honda RC213V Merempit Di Atas Salji Ditunggangi Marc Marquez | Marc Marquez sudah gila! Marc melakar sejarah sebagai pelumba MotoGP pertama di dunia yang menunggang motorsikal MotoGP di atas salji pada musim sejuk. Perkara yang dibuat oleh Marc Marquez tidak pernah di buat oleh pelumba-pelumba lain. Dialah yang pertama melakukan "kerja gila" sedemikian.

Marc menunggang motorsikal Honda RC213V di Gunung Hahnenkamm, kawasan pergunungan salji di Kitzb├╝hel yang terletak di Austria yang terletak setinggi 1,712 dari aras laut. Untuk memastikan Marc dapat menunggang dengan lancar, tayar motorsikal Honda yang ditunggang olehnya digantikan dengan tayar rekaan khas untuk menunggang motor di atas salji.

Permukaan tayar telah dipasang dengan duri-duri tajam sepanjang lebih kurang 2 inci atau 3 inci untuk memastikan cengkaman tayar yang baik ketika bergerak di atas salji. Duri-duri tajam itu pula dibenam habis ke dalam tayar! Sebelum menunggang di atas salji, Marc telah mendapat beberapa tips dari Franky Zorn dan Armin Assenger - kedua-dunya pakar dalam "ice speedway".

Marc berkata, "menunggang motorsikal di atas salji bukanlah satu perkara mudah. Motorosikal saya sukar untuk dikawal disebabkan oleh permukaan salji yang licin. Namun, saya masih muda dan rasa amat seronok untuk mencuba pelbagai perkara baharu!"