Casey Stoner Tampil Bersama Ducati Superleggera 1299

ohmotogp-casey-stoner-ducati-superleggera-1299-1.png

Casey Stoner Tampil Bersama Ducati Superleggera 1299 | Casey Stoner membuat penampilan khas di EICMA yang merupakan pameran motorsikal berprstij Itali yang berlangsung di bandar Milan pada November 2017.

Semasa membuat kemunculan khas tersebut, Casey Stoner muncul di atas pentas bersama motorsikal Ducati Superleggera 1299.

Ducati Superleggera 1299 merupakan motorsikal terhebat Ducati untuk tahun 2016. Kerangka ahagian badan luar diperbuat dari karbon (carbon fibre) serta dikuasakan oleh silinder enjin berkembar ciptaan Ducati yang turut sama digunakan oleh jentera MotoGP pasukan Ducati.

Kerangka rim tayar motorsikal Ducati Superleggera juga diperbuat dari karbon dan bukannya aloi sepertimana rim motorsikal berkuasa tinggi yang lain.

Untuk MotoGP 2017, pasukan Ducati akan menerima kehadiran Jorge Lorenzo sebagai pelumba utama mereka setelah sekian lama Lorenzo berlumba untuk pasukan MoviStar Yamaha bersama Valentino Rossi. MotoGP musim 2016 merupakan musim terakhir Jorge Lorenzo bersama pasukan Yamaha. Casey Stoner pula memilih untuk kekal sebagai test rider bagi pasukan Ducati dan kekal tidak mahu berlumba semula dalam perlumbaan MotoGP sepertimana dimahukan oleh jutaan peminatnya.


Peranan Bersama Ducati Dalam 2017



Casey Stoner juga telah ditemubual secara santai saat sesi pengenalan motorsikal Ducati Superleggera berakhir. Dalam sesi temubual ringkas itu, Casey di tanya mengenai peranannya bersama Ducati pada tahun 2017 juga di masa akan datang.

Casey Stoner menjawap, "Ducati sekarang ni semakin kompetetif di dalam setiap perlumbaan - saya tidak menyaksikan prestasi Ducati sejak 4 tahun lalu dan saya tidak akan menyaksikan bagaimana prestasi Ducati untuk tahun hadapan (MotoGP 2017)". Begitulah dikatakan oleh Casey Stoner ketika temuramah ringkas bersama Gazzetta.it

"Minggu depan saya akan berada di Valencia untuk memerhati proses ujian motorsikal Ducati yang mana merupakan proses penting bagi kami. Kami perlu memahami di mana kami berada sekarang dan mencari cara bagaimana kami boleh perbaiki prestasi motorsikal MotoGP Ducati untuk persangan MotoGP 2017. Saya tidak akan menunggang tapi saya akan berada di sana untuk melihat apa yang akan terjadi."

"MotoGP 2016 boleh menjadi lebih baik kerana sejak 7 perlumbaan lalu, Andrea Dovizioso dapat mencapai keputusan yang baik". Sambung Casey Stoner.

Ramalan MotoGP 2017


"Dalam tahun 2017, Marc Marquez akan menjadi pelumba diminati ramai - dalam masa yang sama, Ducati akan terus bergantung kepada prestasi tayar Michelin. Jorge Lorenzo akan menyertai pasukan Ducati dan saya rasa dia tidak perlu nasihat terperinci mengenai apa yang dia perlu lakukan. Tetapi, jika saya ditanya mengenai sesuatu, saya akan beri Jorge Lorenzo sokongan saya". Begitulah kata-kata Casey Stoner ketika mengakhiri sesi temubual tersebut.

Ketika mempersembahkan Ducati Superleggera 1299, Casey Stoner muncul dengan memakai sut penuh bersama dengan topi kaledar Nolan direka khas untuknya. Csey Stoner masih memakai nombor 27 yang digunakan olehnya selama menjadi pelumba MotoGP.

Semenjak Casey Stoner menjadi pelumba ujian untuk motorsikal MotoGP pasukan Ducati, banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh jurutura Ducati yang akhirnya memberi impak positif terhadap prestasi motorsikal MotoGP Ducati di fasa akhir MotoGP 2016.

Dalam MotoGP 2017, kita bakal melihat persaingan sengit antara Ducati, Repsol Honda dan MoviStar Yamaha.