Result MotoGP 2016 Terkini Sebelum Catalunya Bermula

Result MotoGP 2016 Terkini - Dalam artikel ini kami paparkan statistik result MotoGP 2016 sehingga ke keputusan perlumbaan di litar Mugello, Itali.

Pada saat ini sebelum perlumbaan MotoGP di litar Catalunya bermula, Jorge Lorenzo dari pasukan MoviStar Yamaha masih mendahului senarai pelumba-pelumba MotoGP dengan mengumpul 115 mata.

Jatuh di tempat kedua selepas Jorge Lorenzo adalah Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda dengan 105 mata secara keseluruhan manakala tempat ketiga pula diduduki oleh Valentino Rossi (juara dunia MotoGP sebanyak 9 kali) dengan 78 mata.

Tempat keempat di ungguli oleh Dani Pedrosa dengan mata terkumpul sebanyak 66 mata secara keseluruhan. Tempat kelima di duduki oleh Maverick Vinales dari pasukan Suzuki Ecstar dengan mata terkumpul sebanyak 59 mata.

Result MotoGP 2016 Terkini Secara Keseluruhan


Berikut kami paparkan senarai keputusan terkini result MotoGP 2016 mengikut kiraan mata dari kedudukan tempat pertama sehinggalah ke tempat 20 yang masih lagi diduduki oleh Loris Baz dari pasukan Avintia Racing dengan 8 mata.

Result MotoGP 2016 Terkini Blog MotoGP Melayu
Result MotoGP 2016 Terkini 


Jorge Lorenzo masih sukar digugat. Valentino Rossi tidak ada harapan untuk muncul menjadi juara MotoGP 2016 kerana kekurangan mata yang mencukupi untuk memintas Jorge Lorenzo yang juga merupakan rakan sepasukan dalam pasukan MoviStar Yamaha.

Marc Marquez dan Dani Pedrosa dari Repsol Honda terus menerus memberi saingan hebat buat kedua-dua pelumba MoviStar Yamaha. Pasukan Suzuki Ecstar pula menyerlah dalam kancah saingan MotoGP tatkala perlumbaan semakin memasuki fasa-fasa akhir untuk musim tahun 2016, semakin ke depan mendahului pasukan-pasukan MotoGP yang lebih popular di kalangan peminat MotoGP seperti Ducati dan Monster Yamaha Tech 3.