MotoGP Assen 2016 Pasti Lebih Rancak Dari Catalunya

MotoGP Assen 2016 - 1 Blog Moto GP Melayu


MotoGP Assen 2016 pasti lebih rancak. MotoGP seterusnya akan diadakan di litar Assen atau nama tepatnya TT Assen yang terletak di negara Belanda.

MotoGP Assen dijangka akan jadi lebih rancak kerana Jorge Lorenzo mahu jadi juara didorong oleh keinginan mahu menebus malu kerana terbabas ketika perlumbaan di litar Catalunya manakala Valentino Rossi pula mahu melakar kemenangan seterusnya dalam perlumbaan MotoGP di Belanda kelak setelah memenangi perlumbaan MotoGP di litar Catalunya, Sepanyol.

MotoGP Assen 2016 - Blog Moto GP Melayu


Dalam pada itu, Marc Marquez dan Dani Pedrosa dari pasukan Repsol Honda pula mengintai-intai peluang mahu muncul menjadi juara dan naib juara. Berdasarkan rekod perlumbaan-perlumbaan MotoGP lalu dalam tahun 2016, Marc Marquez memberi saingan hebat kepada mana-mana pencabar manakala Dani Pedrosa pula tidak kurang hebatnya walau tidak sehebat Marc Marquez.

Setelah MotoGP di litar Catalunya selesai lalu Valentino Rossi disahkan menjadi juara perlumbaan tersebut, beberapa pasukan MotoGP sibuk membuat ujian akhir sebelum berlepas ke litar Assen. Antara pasukan MotoGP terlibat dalam ujian akhir itu adalah MoviStar Yamaha. Valentino Rossi dilaporkan telah menguji chasis baharu manakala Jorge Lorenzo pula menguji tetapan baharu pada motorsikalnya.

Bagi pasukan Repsol Honda pula, Marc Marquez sibuk menguji peralatan eletronik baharu yang dipasang pada motorsikalnya manakala Dani Pedrosa pula turut menguji alatan elektronik baharu pada motorsikal RC213V ditunggang olehnya sebelum berlepas ke Assen.

Setakat ini, Marc Marquez dan Dani Pedrosa dilaporkan mampu menyesuaikan diri dengan peralatan baharu yang dipasang pada motorsikal Honda RC213V masing-masing.

Sementara itu, pasukan Tech 3 Yamaha turut sibuk menjalankan beberapa ujian-ujian akhir. Bradley Smith berusaha mencari keserasian dengan motorsikalnya. Manakan tidak, pada perlumbaan MotoGP di litar Catalunya, Bradley Smith telah terkeluar dari perlumbaan akhir akibat terbabas semasa di berada di atas litar.

Menurut Bradley Smith dalam kenyataan media, dia menghadapi kesukaran membrek pada saat-saat akhir terutama ketika mahu memasuki selekoh. Akibatnya, motorsikal ditungganginya menjadi tidak stabil lalu terbabas pada kelajuan tinggi.

Walaupun begitu, Bradley Smith berjaya mencatat skor baik tatkala menjalani sesi ujian di litar Catalunya setelah perlumbaan akhir tamat.

Bradley Smith Monster Tech 3 Yamaha - Blog MotoGP Melayu

Pol Espargaro, rakan sepasukan Bradley Smith dalam Tech 3 Yamaha yakin dapat melakar pencapaian hebat berbanding pencapaian peribadinya semasa berlumba di litar Catalunya pada 5 Jun 2016. Pol Espargaro merasa yakin dapat mencapai skor lebih baik ketika MotoGP Assen nanti.

Alex Espargaro, pelumba MotoGP dari pasukan Suzuki Ecstar dilanda masalah teknikal sehingga terpaksa keluar dari perlumbaan MotoGP di litar Catalunya. Masalah teknikal masih menghantuinya sehingga kini, bimbang perkara sama akan berulang lagi tatkala berada dalam perlumbaan MotoGP di litar Assen kelak.

MotoGP Catalunya merupakan perlumbaan MotoGP paling penuh dengan emosi sedih kerana pelumba MotoGP, Moto 2 dan Moto 3 berkabung di atas kematian Luis Salom, pelumba handalan yang terbabas secara tiba-tiba di atas litar serta terseret ke penghadang tepi litar dengan kelajuan 100 kilometer sejam. Luis Salom meninggal dunia tatkala dikejarkan ke hospital.

Ramai pelumba MotoGP memberi 'tribute' atau penghormatan peribadi kepada Luis Salom. Pasukan Repsol Honda menukar nombor motorsikal Marc Marquez dari 93 ke 39 iaitu nombor dipakai oleh Luis Salom. Valentino Rossi pula melekat sticker "LS39" di helmet kuning dipakai olehnya.

Paling mengharukan, Valentino Rossi, Marc Marquez dan Dani Pedrosa sama-sama memakai tshirt hitam bertanda "LS39 ALways In Our Hearts" sebagai tribute buat Luis Salom.

Sama-sama kita nantikan apa akan terjadi dalam perlumbaan akhir MotoGP di litar Assen pada 26 Jun 2016.

Selepas MotoGP di litar Assen, perlumbaan MotoGP akan beralih pula ke litar Sachsenring, German. Perlumbaan akhir MotoGP Sachsenring akan diadakan pada 17 Julai 2016.