Marc Marquez Melonjak Ke Tangga Pertama MotoGP 2016

Marc Marquez 93 Repsol Honda Blog MotoGP Melayu


Marc Marquez melonjak ke tangga pertama carta MotoGP 2016 secara keselurhan setelah keputusan perlumbaan di litar Catalunya dikeluarkan secara rasmi.

Valentino Rossi mengintai peluang untuk menjadi juara di litar Assen, Belanda, supaya dapat memperolehi 25 mata seterusnya yang akan menjadikan dia dapat memintas kedudukan Jorge Lorenzo yang kini berada di tempat kedua. Impian Valentino Rossi untuk menjadi juara MotoGP kali ke 10 nampak cerah.

Perlumbaan MotoGP di litar Catalah berubah menjadi perlumbaan penuh emosi namun tidak menjadi penghalang untuk Valentino Rossi menggembirakan penyokong-penyokongnya yang turun padang memakai baju kuning sebagai tanda sokongan.

Kini MotoGP 2016 hanya berbaki 11 perlumbaan sahaja lagi dalam jadual rasmi sebelum menutup tirai pada bulan November 2016. Setelah itu, berlakukan pertukaran antara pelumba-pelumba MotoGP yakni perpindahan dari pasukan lama ke pasukan baharu.

Dari apa yang kami ikuti, Jorge Lorenzo akan berpindah ke Ducati manakala Maverick Vinales dari pasukan Suzuki Ecstar akan menggantikan tempat Jorge Lorenzo di pasukan MoviStar Yamaha sebagai rakan sepasukan Valentino Rossi.

Ramai peminat Yamaha mengharapkan semoga Maverick Vinales dan Valentino Rossi menjadi gandingan terbaik setelah gandingan bersama Jorge Lorenzo gagal membuahkan hasil.

Dalam dua tahun lalu, Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi tidak pernah sebulu walau nampak serasi di mata pihak media.