Luis Salom Terkorban Lantas Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Moto 2

Luis Salom Terkorban Lantas Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Moto 2
Luis Salom ketika menunggang motorsikal SAG Team

Luis Salom, pelumba pasukan SAG Team yang memakai nombor 39 dalam perlumbaan Moto 2 telah terkorban dalam kemalangan motorsikal di selekoh ke 12 ketika menjalani sesi latihan bebas Moto 2 di litar Catalunya, Sepanyol saat sesi latihan hanya tinggal 25 minit lagi untuk ditamatkan.

Kecelakaan yang mengorbankan nyawa Luis Salom mengakibatkan penganjur Moto 2 mengibarkan bendera merah di sepanjang litar Catalunya sebagai petanda bahawa sesi latihan bebas ditamatkan serta merta.

Selepas kemalangan terjadi, pasukan perubatan bergegas ke tempat kejadian menaiki dua kereta di iringi oleh dua buah ambulans. Setelah mengamati kecederaan yang dialami oleh Luis Salom amat kritikal serta memerlukan lawatan lanjut dengan pantas, pasukan perubatan mengejarkan Luis Salom ke hospital berdekatan iaitu Hospital General de Catalunya.

Luis Salom Terkorban Lantas Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Moto 2
Inilah dia Luis Salom


Saat tiba, Luis Salom di kejarkan serta merta ke bilik bedah namun apakan daya, Luis Salom tidak dapat bertahan lalu menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 4:55 petang mengikut waktu Sepanyol.

Sepanjang menyertai perlumbaan Moto 2 2016, Luis Salom telah muncul berlumba sebanyak 41 kali serta telah dapat menaiki podium sebanyak 3 kali.

Luis Salom turut mencipta sejarah peribadi kerana berjaya menduduki tempat kedua pada pusingan pembukaan perlumbaan Moto 2 2016 di litar antarabangsa Losail di Qatar.

Kemalangan melibatkan Luis Salom memberi petanda bahawa sukan MotoGP dan apa jua sukan melibatlan perlumbaan motorsikal berkelajuan tinggi tidak boleh dipandang rendah mahupun di pandang ringan.

Aspek-aspek keselamatan perlu diambil berat kerana nyawa boleh melayang bila-bila masa tatkala memecut di atas litar walaupun bukan dalam perlumbaan sebenar.

Luis Salom tidak meninggal dunia di litar sebaliknya meninggal dunia tatkala sudah sampai di hospital yang merawatnya. Sebagai peminat MotoGP kami mengucapkan salam takziah buat keluarga Luis Salom.

Ini kemalangan kedua terhebat selepas kemalangan Marco Simoncelli yang mengakibatkan dia mati serta merta setelah terbabas di atas litar saat perlumbaan MotoGP baru sahaja bermula.

Pada saat artikel ini kami keluarkan, pihak penganjur MotoGP masih belum mengeluarkan kenyataan umum berkenaan penyebab utama kematian Luis Salom saat terkorban dalam kemalangan ketika sesi latihan bebas Moto 2 di litar Catalunya, Sepanyol.