Keputusan MotoGP 2016 Catalunya, Sepanyol

Keputusan MotoGP 2016 Catalunya, Sepanyol pada 5 Jun 2016. Kami paparkan keputusan tersebut seperti di bawah.

Keputusan Result MotoGP 2016 Catalunya Sepanyol 5 Jun Blog MotoGP Melayu 583 x 611
Keputusan MotoGP 2016 Catalunya Sepanyol


Oleh kerana Jorge Lorenzo gagal memperolehi apa-apa mata kerana terbabas di litar bersama Andrea Iannone di mana akhirnya Valentino Rossi muncul menjadi juara, Marc Marquez berjaya memperolehi 20 mata sebagai naib juara lantas dapat menganjak kedudukan ke tangga teratas saingan MotoGP musim 216 lalu dapat melintasi mata terkumpul milik Jorge Lorenzo.

Kini, beza antara Marc Marquez dan Jorge Lorenzo hanyalah 10 mata sahaja. Nampaknya Jorge Lorenzo perlu mencipta keajaiban di perlumbaan MotoGP seterusnya. Valentino Rossi ada harapan untuk memintas kedudukan Jorge Lorenzo jika dia berjaya muncul menjadi juara di perlumbaan MotoGP seterusnya. Beza antara Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo hanyalah 12 mata sahaja sekarang ini.