Jadual MotoGP 2016 Selepas Perlumbaan Assen

Jadual MotoGP 2016 Selepas Perlumbaan Assen

Jadual MotoGP 2016 selepas perlumbaan di litar Assen, Belanda, akan kami dedahkan di sini. Setelah perlumbaan MotoGP di litar Assen selesai maka hanya tinggal 10 perlumbaan sahaja lagi sebelum MotoGP musim 2016 menutup tirainya untuk memberi laluan kepada MotoGP 2017.

Inilah dia jadual MotoGP 2016.

Kami paparkan tarikh perlumbaan akhir MotoGP terlebih dahulu kemudian negara tempat perlumbaan MotoGP dijalankan di ikuti oleh nama litar di dalam kurungan.


  • 17 Julai 2016 - Jerman (Sachsenring)
  • 14 Ogos 2016 - Austria (Red Bull Ring)
  • 21 Ogos 2016 - Republik Czech (Brno)
  • 04 September 2016 - Great Britain (Silverstone)
  • 11 September 2016 - San Marino (Misano)
  • 25 Septenber 2016 - Aragon (MotorLand Aragon)
  • 16 Oktober 2016 - Jepun (Motegi)
  • 23 Oktober 2016 - Australia (Phillip Island)
  • 30 Oktober 2016 - Malaysia (Sepang)
  • 13 November 2016 Valencia (Ricardo Tormo)


MotoGP Di 18 Litar


MotoGP musim 2016 ada 18 perlumbaan kesemuanya di 18 litar berlainan.

Setelah selesai perlumbaan MotoGP di litar Catalunya, Sepanyol kini hanya tinggal 11 perlumbaan lagi.

Seperti kami katakan tadi tatkala perlumbaan di litar Assen berakhir maka kancah saingan MotoGP 2016 hanya tinggal 10 perlumbaan sahaja lagi di 10 litar-litar berlainan kami senaraikan dalam jadual di atas.

Bagi peminat-peminat MotoGP di Malaysia termasuklah kami di Blog MotoGP Melayu ini, pasti tertunggu-tunggu perlumbaan akhir MotoGP Malaysia di litar antarabangsa Sepang pada 30 Oktober 2016.

MotoGP Malaysia merupakan litar lumba diminati oleh pasukan Repsol Honda, MoviStar Yamaha juga Ducati kerana ketiga-tiga pasukan pernah melakar kejuaraan di litar tersebut.Pastinya mereka mengintai peluang untuk melakar kejuraan sama pada MotoGP 2016 kali ini.

Brno Ada Perubahan


Walaubagaimanapun, perlumbaan MotoGP di litar Brno di Republik Czech tertakluk kepada perubahan.

Pihak penganjur boleh merubah tarikh perlumbaan pada bila-bila masa. Merkea juga boleh membatalkan perlumbaan MotoGP di litar tersebut pada bila-bila masa. Semuanya tertakluk kepada perubahan dari pihak penganjur MotoGP.