Ini Dia Video "Teaser' Untuk Perlumbaan MotoGP Catalunya

CatalanGP Letter To The Teams Teaser 1 Blog MotoGP 2016 840 x 425px


MotoGP menerbitkan video teaser perlumbaan di litar Catalunya (disebut Katalunya dalam Bahasa Melayu) bertajuk "#CatalanGP Teaser: Open Letter to the teams".

Jika anda mengikuti perkembangan MotoGP di Twitter sepertimana kami, ikuti sahaja melalui hastag #CatalanGP ataupun #SpanishGP. Jika anda mahu ikuti perkembangan lanjut secara umum, follow sahaja hastag #MotoGP2016.

Sebelum ini ketika dalam perlumbaan MotoGP di litar Mugello, Itali, hastag #ItalianGP kerap digunakan, kini setelah tumpuan peminat-peminat MotoGP dari seluruh dunia berpindah ke litar Catalunya, Sepanyol, maka hastag #CatalunyaGP ataupun #SpanishGP akan kerap digunakan dari mula perlumbaan sehinggalah ke penamat.

Video itu bertindak sebagai 'surat layang' kepada pasukan-pasukan MotoGP 2016 terutama Movistar Yamaha, Ducati dan Suzuki Ecstar kerana hanya ketiga-tiga motorsikal dari ketiga-tiga pasukan yang dipaparkan dalam video teaser tersebut.

Kata Pembayang MotoGP Catalunya 2016


Inilah dia ayat-ayat yang dapat kami lihat.

"Dear Yamaha, The last time you won here, the rider who won the race went on to win the Championship. (kata-kata ini merujuk kepada Jorge Lorenzo kerana dia memenangi perlumbaan MotoGP di litar Catalunya pada tahun 2015 lantas menjadi juara pada tahun tersebut)

Dear Honda, the last time you tasted victory here, (ayat tidak habis kerana ayat-ayat selebihnya tidak dipaparkan tetapi video Marc Marquez dipaparkan selepas itu, hanyalah maksud ayat ini merujuk kepada Marc Marquez)

I dont know if it is going to be any  but i'll be ready on the 5th of June, and just maybe... the person that wins here, will once again go on to be crowned championin four months time. Only time will tell.

Regards,

Circuit de Barcelona-Catalunya."

Uniknya, video Valentino Rossi dilanda nasib malang kerana enjin motorsikalnya tiba-tiba berasap tebal ditengah-tengah litar perlumbaan memberi pembayang bahawa Valentino Rossi akan berbuat sesuatu untuk menebus malu semasa perlumbaan MotoGP di litar Mugello, Itali.