Casey Stoner: Ini Sebab Kenapa Saya Berhenti Dari MotoGP

Casey Stoner 2016 Ducati Test Rider 1 Blog MotoGP Melayu 684x384


Casey Stoner memberitahu sebab kenapa dia berhenti dari MotoGP.

Sebab paling utama adalah privasi.

Tatkala kami kesemua gambar-gambar dipaparkan secara umum di akaun Instagram milik Casey Stoner nyatalah dia amat bahagia dengan hidupnya sekarang ini kerana jauh dari sidang akhbar, gosip-gosip liar MotoGP, jauh dari penampilan awam serta mempunya banyak masa untuk bersama dengan isteri Adriana serta Ally, anak perempuannya yang juga merupakan anak pertamanya.

Caser Stoner ternyata tidak 'enjoy' dengan perlumbaan MotoGP disertai olehnya kerana segala-galanya memberi tekanan kepada beliau terutama soalan negatif bertubi-tubi dari wartawan yang 'membunuh' jiwa beliau.

Menurut Casey Stoner dalam satu artikel peribadi berformat blog, dia tidak menyesal bersara awal dari MotoGP lalu berhenti dari menjadi pelumba MotoGP iaitu sukan bermotor yang menjadikannya seorang 'superstar' sejak tahun 2007 tatkala muncul menjadi juara MotoGP pada penyertaan kali pertama sebagai pelumba pasukan Ducati.

Casey Stoner ternyata seorang bekas pelumba MotoGP yang amat mementingkan privasi.

Ini kerana menurut beliau lagi, dia tidak mempunya ramai kawan.

Tatkala memberi jawapan dalam sesi temuramah kemudian terpaksa menghadiri sesi temuramah lain lagi, Casey Stoner merasa tidak selesa menjawap tulisan-tulisan negatif diterbitkan mengenainya.

Menurut Casey Stoner, semua itu membuat jiwanya 'terbang pergi' lalu mengakibatkan dia hilang minat pada MotoGP.

Isteri Dan Anak Diutama


Nampak sangatlah Casey Stoner berhenti dari MotoGP kerana mahukan privasi bersama isteri dan anaknya serta mahu kawalan pada hidup sendiri tanpa terikat dengan jadual perlumbaan.

Jika menjadi pelumba MotoGP, Casey Stoner akan terpaksa berjauhan dari isteri dan anak kemudian akan asyik travel ke tempat lain semata-mata untuk berlumba dalam MotoGP sepertimana ketika dia masih bujang.

Casey Stoner kini mementingkan anak dan isterinya.

MotoGP bagi Casey Stoner hanyalah kenangan manis.

Kami sebagai peminat MotoGP dan peminat Casey Stoner mengharapkan hanya yang terbaik untuknya.

Karier Casey Stoner Selepas MotoGP


Walaupun kecewa kerana tidak lagi dapat melihat Casey Stoner berlumba dalam MotoGP namun dia masih aktif disebalik tabir dengan bekerja sebagai penunggang ujian sepenuh masa untuk pasukan Ducati.

Tatkala MotoGP 2016 di litar Sepang, Casey Stoner berjaya mencatat masa terpantas mengalahkan pelumba-pelumba pasukan Ducati iaitu Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone.

Walaupun hanya bekerja dengan pasukan Ducati sebagai pelumba ujian dan bertindak di belakang tabir namun Casey Stoner masih mampu memberi saingan hebat buat pelumba sepenuh masa pasukan Ducati MotoGP.

Casey Stoner juga masih mampu mengendalikan motosikal "Desmosedici" yang menurut Andrea Dovizioso begitu 'sukar dikawal' dengan baik.