Aleix Espargaro Dihantui Masalah Teknikal

Aleix Espargaro 41 Suzuki Ecstar 1 Blog MotoGP Melayu

Aleix Espargaro dari pasukan Suzuki Ecstar menghadapi kesukaran untuk berlumba dengan baik tatkala di perlumbaan MotoGP di litar Catalunya pada 5 Jun 2016.

Akibatnya, Alexi Espargaro terpaksa keluar dari perlumbaan kerana motorsikalnya mengalami masalah teknikal hingga mengakibatkan dia tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Ternyata, Aleix Espargaro merasa amat hampa dengan keadaan itu.

Ketika ditemuramah selepas selesai perlumbaan MotoGP Catalunya, Aleix Espargaro menzahirkan kehampaan serta keluhan berat.

Sebagai pelumba MotoGP, dia sememangnya mahu berlumba dengan baik dan mahu menikmati keghairahan berlumba namun apakan daya, semua itu dihalang oleh masalah teknikal yang dialami oleh motorsikal GSX-RR yang ditungganginya.

Aleix Espargaro dihantui masalah teknikal pada peralatan elektronik motorsikal selain turut menghadapi masalah pada penggunaan tayar.

Selepas di analisa, tayar motorsikal digunakan oleh Aleix menghadapi cepat haus.

Maslah itu dikenali sebagai 'high trye consumption' manakala sistem eletronik pada motorsikalnya pula mengakibatkan kuasa enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga Aleix sukar untuk memecut.

Pasukan Suzuki Ecstar mengatakan motorsikal Aleix mengalami masalah 'traction control pada sistem elektronik.

Akibat dari masalah-masalah itu, Aleix Espargaro terpaksa berhenti dari perlumbaan di litar Catalunya, Sepanyol, tatkala hanya tinggal 7 pusingan sahaja lagi sehingga ke pusingan penamat.

Peminat-peminat Alexi amat hampa dengan prestasinya di litar Catalunya apatah lagi Aleix berasal dari Sepanyol. Kegagalan meneruskan perlumbaan MotoGP di negara kelahiran sendiri benar-benar menghampakan. Begitulah di rasai oleh Aleix Espargaro.

Adik Aleix iaitu Pol Espargaro dari pasukan Yamaha Tech 3 berlumba dengan baik serta dapat menghabiskan perlumbaan di tangga 6 dalam keputusan perlumbaan MotoGP secara keseluruhan.

Semoga Aleix Espargaro dapat meneruskan perlumbaan dengan baik tatkala berada di litar Assen.

Nampaknya pasukan kejuruteraan Suzuki Ecstar perlu berhempas-pulas menyelesaikan masalah teknikal pada motorsikal ditunggangi Aleix. Jika tidak, pasukan mereka akan gagal menyerlah dengan baik lalu dipintas oleh pasukan dalam kancah saingan MotoGP 2016.