Result Ujian Catatan Masa MotoGP Mugello 2016


Result Catatan Masa MotoGP Mugello 2016

Berikut merupakan keputusan (result) ujian catatan masa MotoGP Mugello 2016 untuk kelayakan mendapat petak perlumbaan. Result disenaraikan mengikut urutan 10 pelumba terpantas dari kedudukan paling atas sehingga ke kedudukan paling bawah.

1. Valentino Rossi - 1:46:504
2. Maverick Vinales - 1:46:598
3. Andrea Iannone - 1:46:607
4. Marc Marquez - 1:46:759
5. Jorge Lorenzo - 1:46:882
6. Aleix Espargaro - 1:47.186
7. Dani Pedrosa - 1:47:218
8. Bradley Smith - 1:47:247
9. Danilo Petrucci - 1:47:261
10. Scott Redding - 1:47:359

Valentino Rossi, pelumba MotoG dari pasukan MoviStar Yamaha disahkan menduduki petak pertama perlumbaan di litar Mugello yang juga dipanggil sebagai Italian MotoGP 2016. Peminat-peminat Valentino Rossi sudah pasti tersenyum lebar dengan kemenangannya menduduki carta teratas dalam ujian catatan masa.

Valentino Rossi MotoGP Mugello 2016
Valentino Rossi berjaya mendapat petak pertama Mugello 2016

Uniknya, jika anda lihat pada skor ujian catatan masa Valentino Rossi, dia berjaya mencatat rekod 1 jam 46 minit dan 504 saat. Angka 46 pada skor Valentino Rossi lebih kurang sama dengan angka 46 yang menjadi nombor kebanggaannya, apatah lagi berlumba di litar Mugello iaitu litar amat istimewa baginya sebagai rakyat negara Itali.

Valentino Rossi menunggang dengan penuh bergaya kerana memakai topi kaledar edisi khas AGV yang dibuat khusus untuknya sempena perlumbaan di Mugello. Setelah selesai sesi ujian masa, pelumba-pelumba MotoGP yang menduduki tangga pertama, tangga kedua dan tangga ketiga mengambil gambar kenang-kenangan di podium litar Mugello.

 MotoGP Mugello 2016

Itu baru perlumbaan dalam ujian catatan masa, belum lagi perlumbaan sebenar yang akan berlangsung tidak lama lagi selepas itu, hanya menunggu matahari esok pagi memnunculkan sinar. Debaran MotoGP di litar Mugello semakin terasa. Entah siapa lagi yang akan dapat mencabar Valentino Rossi di gelanggam negara asalnya.

Persoalan paling utama - dapatkah Valentino Rossi mengekalkan prestasinya pada perlumbaa ujian catatan masa atau bakal dikalahkan oleh pesaing-pesaingnya? Masing-masing memburu gelaran juara bagi memperolehi mata tertinggi secara keseluruhan dalam sesi persaingan MotoGP untuk musim 2016.