MotoGP Di Litar Mugello Jangka Beri Persaingan Sengit

 MotoGP Mugello Itali grand prix 2016

Dalam perlumbaan MotoGP di litar Mugello Itali untuk tahun 2016, ramai peminat MotoGP menjangkakan persaingan sengit.

Ini kerana, Valentino Rossi awal-awal lagi sudah mewar-warkan keinginan besar mahu menjuarai perlumbaan Moto GP di litar Mugello yang merupakan 'home turf' baginya.

Sejak menjuarai 5 kejohanan Moto GP pada tahun 2008, Valentino Rossi tidak pernah lagi memenangi perlumbaan di litar Mugello. Sebaliknya, perlumbaan di situ dijuarai oleh pelumba dari pasukan lain yang bukan berasal dari Itali.

Peminat Valentino Rossi dan peminat-peminat MotoGP dari Itali mengharapkan Valentino Rossi berjaya memperolehi kemenangan hebat pada kali ini kerana jika Valentino Rossi menang, ini akan membuatkan rakyat Itali bangga dan peminat-peminat beliau yang memanggilnya sebagai The Doctor pasti akan bertambah-tambah lagi bangga dengan kemenangannya.

MotoGP di litar Mugello, Itali pada bulan Mei 2016 menjadi lebih hangat kerana pelumba lain pasti tidak mahu mengaku kalah, antranya sudah pasti Marc Marquez dari pasukan Honda yang menjuarai MotoGP pada musim pertama penyertannya.

Tidak lupa juga Andrea Dovizioso yang kini menunggang jentera Ducati beserta Jorge Lorenzo yang menjadi rakan sepasukan Valentino Rossi di dalam pasukan Movistar Yamaha.

Menurut Jorge Lorenzo ketika ditemuramah dalam sidang akhbar rasmi MotoGP di litar Mugello, beliau menyatakan bahawa litar Mugello merupakan litar paling diminati olehnya, di mana dia pernah mendapat keputusan perlumbaan terbaik di litar Mugello sejak 6 hingga 7 tahun lalu, iaitu sejak 2009 lagi.

Dari komen yang diberikannya, Jorge Lorenzo seakan yakin dapat menjuarai perlumbaan MotoGP di litar Mugello. Menurutnya lagi, lengkungan sudut dan 'breaking point' yang ada di litar Mugello dapat membantunya.

Menurut Stefan Bradl yang menunggang motorsikal dari pasukan Aprilia Gresini, dia mahu membuat yang terbaik dalam perlumbaan MotoGP di litar Mugello kerana telah mengalami situasi teruk ketika berlumba di litar Le Mans, Perancis, pada awal bulan Mei 2016.  Stefan Bradl mengharapkan situasi berpihak kepadanya setelah mengalami situasi kurang baik ketika berlumba di litar Le Mans.

Bagi Valentino Rossi pula yang namanya menjadi bualan hangat saat perlumbaan MotoGP mula berpindah venue ke litar Mugello, baginya litar Mugello sangat istimewa kerana ia sungguh 'fantastic', merupakan salah satu litar-litar terbaik di dunia dan juga suasana persekitarannya juga selalu sangat baik.

Ini kerana Mugello terletak di Itali dan Valentino Rossi merasa amat yakin di sini kerana mempunyai ramai penyokong berbanding pelumba MotoGP dari pasukan lain. Valentino Rossi mahu menjadi kompetetif dalam perlumbaan MotoGP di Mugello.

Kata-kata Valentino Rossi menjadi amaran awal buat pelumba-pelumba lain yang mahu melakar pencapaian terbaik pada perlumbaan MotoGP di litar Mugello.