Keputusan MotoGP 2016 - Mugello, Itali

Keputusan Reslut MotoGP 2016 Mugello, Itali

Keputusan MotoGP 2016 di litar Mugello, Itali - Jorge Lorenzo memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan sebanyak 41'36.535 serta dengan kelajuan terpantas 173.9km sejam.

Rakan sepasukannya iaitu Valentino Rossi yang berjaya mendapat petak pertama pada awal perlumbaan terpaksa menamatkan perlumbaan pada pusingan kelima belas kerana masalah pada enjin motorsikal Yamaha yang ditunggang olehnya. Jentera Yamaha yang dituggang Valentino Rossi mengeluarkan asap tebal saat dia mahu memecut pantas, lantas membuatkan dia amat hampa.

Kedudukan tempat kedua diperolehi oleh Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda dengan hanya beza 0.019 saat dari juara perlumbaan litar Mugello iaitu Jorge Lorenzo.

Kedudukan tempat ketiga diperolehi oleh Andrea Iannone dari pasukan Ducati dengan beza catatan masa sebanyak 4.742 minit dari catatan masa Jorge Lorenzo.

Capai 354.9 kmsj - Rekod Baharu Kejuaraan MotoGP


Walaupun di tempat ketiga namun Andrea Iannone berjaya mencatat kelajuan terpantas sepanjang perlumbaan di Mugello berlangsung iaitu 175.3 km sejam. Uniknya, Andrea Iannone telah berjaya melakar sejarah sebagai pelumba MotoGP paling pantas kerana telah berjaya mencecah kelajuan 354.9km sejam, rekod baharu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pelumba MotoGP sepanjang kejuaraan berprestij itu dianjurkan.

Kedudukan tempat keempat di perlumbaan MotoGP di litar Mugello, Itali diambil oleh Dani Pedrosa iaitu rakan sepasukan Marc Marquez. Walaupun Dani Pedrosa tidak sehebat Casey Stoner mahupun Marc Marquez namun dia berjaya memberikan saingan sengit kepada pelumba-pelumba handalan dari pasukan lain.

Valentino Rossi dan Scott Redding dari pasukan OCTO Pramac Yakhnich yang menunggang jentera Yamaha terpaksa bersara dari perlumbaan saat memasuki pusingan kelima belas disebabkan oleh masalah teknikal pada enjin motorsikal masing-masing. Kedua-dua mereka amat kecewa tapi terpaksa menerima hakikat itulah yang berlaku.

Ada peminat mengatakan mungkin Valentino Rossi disabotaj kerana motorsikal yang ditungganginya tiba-tiba mengalami kerosokan teknikal sehingga mengeluarkan asap tebal berwarna putih secara tiba-tiba, namun peminat Valentino Rossi tetap berpihak kepada rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo yang tidak menghampakan harapan mereka untuk melihat salah seorang daripada mereka muncul menjadi juara lalu berjaya menaiki podium di perlumbaan litar Mugello.

Jack Miller (Estrella Galicia 0,0 Marc VDS), Alvaro Bautista (Aprilia Racing Team Gresini) dan Loris Baz (Avintia Racing) terpaksa bersara awal dari perlumbaan litar Mugello kerana ketiga-tiganya terbabas tatkala melintasi selekoh pertama sebaik sahaja perlumbaan bermula apabila lampu hijau muncul.

Cuaca sepanjang perlumbaan MotoGP di litar Mugello, Itali, kekal panas pada suhu 26 darjah Celcius manakala suhu litar lumba pula kekal pada 48 darjah Celcius. Jorge Lorenzo dan Marc Marquez bersaing sengit untuk merangkul gelaran juara litar Mugello.

Valentino Rossi pada asalnya mengekori rapat tayar belakang Jorge Lorenzo namun terpaksa berundur kerana mengelami masalah teknikal. Ruang kosong ditinggalkan oleh Valentino Rossi diisi dengan pantas oleh Marc Marquez. Kedua-duanya saling ekor-mengekori dan potong-memotong sehinggalah ke akhir perlumbaan.

Menonton perlumbaan MotoGP 2016 di litar Mugello membuat kami teruja kerana dapat melihat persaingan amat sengit antara Jorge Lorenzo dan Marc Marquez sambil di intai untuk dipintas oleh Maverick Vinales yang seakan mahu memotong bila-bila masa. Dani Pedrosa pula berjaya mengekalkan rentak dan berada tenang di antas motorsikal Honda RC213V ditunggangi olehnya.

Keputusan Penuh MotoGP 2016 - Mugello, Itali


Secara keseluruhan, Movistar Yamaha, Repsol Honda dan Ducati MotoGP masih mengungguli carta pasukan tiga pasukan teratas.

Valentino Rossi yang berharap mahu muncul sebagai juara di litar Mugello sememangnya amat hampa dengan prestasi motorsikal Yamaha yang ditunggang olehnya walaupun berjaya menduduki petak pertama (pole position) pada pusingan kelayakan melalui perlumbaan catatan masa.

Untuk perlumbaan MotoGP 2016 seterusnya, tumpuan beralih ke litar Catalunya di Sepanyol. Litar Catalunya merupakan litar kegemaran Dani Pedrosa dari pasukan Repsol Honda kerana Dani berasal dari Sepanyol. Kali ini, tumpuan pasti beralih kepada Dani Pedrosa setelah Valentino Rossi gagal memberi persembahan hebat buat peminat-peminatnya pada saingan MotoGP Mugello, Itali.

Keputusan Result MotoGP 2016 - Mugello, Itali
Keputusan penuh perlumbaan MotoGP Mugello, Itali, 2016