Keputusan MotoGP 2016 Sehingga Perlumbaan Litar Le Mans Perancis

result keputusan motogp 2016 640x

Keputusan MotoGP 2016 sehingga perlumbaan litar Le Mans (GP Perancis pada awal Mei 2016) masih meletakkan Jorge Lorenzo dari pasukan MoviStar Yamaha sebagai pendahulu dengan 90 mata secara keseluruhan.  Dalam artikel kali ini kami akan senaraikan kedudukan pelumba MotoGP 2016 dalam kedudukan 5 teratas.

Jatuh di tempat kedua adalah Marc Marquez dari pasukan Respsol Honda dnegan 85 mata, hanya 5 di bawah Jorge Lorenzo. Selepas Marc Marquez di tangga kedua, Valentino Rossi jatuh di tangga ketiga dengan kedudukan mata sebanyak 78 mata. Walaupun sudah bergelar juara MotoGP sebanyak 9 kali, Valentino Rossi masih terus berlumba sehingga kini, masih belum ada tanda-tanda beliau akan memperlahankan rentak.

Jatuh di tangga keempat pada kedudukan keseluruhan pelumba-pelumba MotoGP adalah Dani Pedrosa dari pasukan Respsol Honda yang memakai nombor 26. Dani Pedrosa kini mengumpul 53 mata secara keseluruhan. Setakat ini selepas perlumbaan di litar Le Mans, Perancis, hanya pasukan MoviStar Yamaha dan Repsol Honda yang berjaya meletakkan kedua-dua pelumba mereka di kedudukan 5 teratas.

Seterusnya, jatuh di tangga kelima secara keseluruhan adalah Maverick Vinales dari pasukan Suzuki Ecstar. Maverick Vinales akan menjadi rakan sepasukan Valentino Rossi secara rasmi pada perlumbaan MotoGP untuk musim 2017 kelak. Perkara itu telahpun disahkan dan hanya menanti masa untuk direalisasikan, iaitu setelah MotoGP 2016 berakhir.

Keputusan Penuh MotoGP 2016- Le Mans


Berikut kami senaraikan kedudukan penuh saingan MotoGP 2016 bermula dari kedudukan pertama yang dikuasai oleh Jorge Lorenzo sehinggalah ke kedudukan terakhir yang dipegang oleh Cal Crutchlow dari pasukan LCR Honda.

Harap maklum kedudukan yang kami senaraikan ini hanya berkuatkuasa sehingga pada keputusan perlumbaan pada GP Perancis di litar Le Mans. Ia akan berubah serta merta apabila keputusan MotoGP di litar Mugello, Itali, di umumkan secara rasmi.

Ok, ini dia keputusan MotoGP 2016 secara keseluruhan sehingga 20 Mei 2016. Nombor merupakan jumlah mata keseluruhan milik setiap pelumba yang bersaing dalam MotoGP sepanjang musim 2016.

Jorge Lorenzo - Movistar Yamaha MotoGP - 90
Marc Marquez - Repsol Honda  - 85
Valentino Rossi - Movistar Yamaha MotoGP - 78
Dani Pedrosa - Repsol Honda - 53
Maverick Vinales - Team Suzuki Ecstar - 49
Pol Espargaro - Monster Yamaha Tech 3 - 47
Aleix Espargaro - Suzuki Ecstar - 42
Hector Barbera - Avintia Racing – 39
Eugene Laverty - Aspar Team MotoGP - 33
Andrea Iannone - Ducati - 25
Andrea Dovizioso - Ducati – 23
Stefan Bradl - Aprilia Racing Team Gresini - 23
Alvaro Bautista - Aprilia Racing Team Gresini - 21
Bradley Smith - Monster Yamaha Tech 3 - 20
Scott Redding - Octo Pramac Yakhnich - 16
Michele Pirro - Ducati - 12
Tito Rabat - Estrella Galicia 0,0 Marc VDS - 11
Danilo Petrucci - Octo Pramac Yakhnich - 9
Loris Baz - Avintia Racing - 8
Cal Crutchlow - LCR Honda - 5