Kaamatan Dari Kami Di Blog MotoGP Melayu

Blog MotoGP Melayu 1 Marc Marquez MotoGP 2016 640x640


Selamat menyambut pesta Kaamatan 2016 dari kami di blog MotoGP Melayu. Bagi kami Kaamatan kali ini sungguh bermakna kerana kami menyambutnya sebagai satu pasukan. Iyalah, macam pasukan MotoGP juga. Ada bertugas khusus di bahagian elektronik, ada bertugas di bahagian kejuruteraan, ada bertugas di bahagian enjin, ada di bahagian reka bentuk.

Bagi kami saat menyaksikan perlumbaan MotoGP di litar Mugello adalah saat paling mengujakan kerana kami menyaksikan secara langsung persaingan sengit antara Marc Marquez dan Jorge Lorenzo. Walaupun Marc Marquez jauh lebih muda dari Jorge Lorenzo namun dia berlumba seperti pelumba berpengalaman hingga mampu mengalahkan Valentino Rossi yang sudah 9 kali menjadi juara MotoGP selama dalam tempoh penyertaan.

Sama-samalah kita nantikan apa akan terjadi nanti dalam perlumbaan MotoGP di litar Catalunya, Sepanyol yang akan ditaja sepenuhnya oleh Monster Energy iaitu syarikat pengeluar minuman tenaga.

Sebenarnya, Monster Energy bersaing sengit dengan Red Bull sebagai pembekal minuman tenaga untuk pelumba-pelumba MotoGP, sama seperti mana Bridgestone dan Michelin bersaing sebagai pembekal tayar perlumbaan rasmi.

Perlumbaan MotoGP di litar Catalunya akan dipanggil secara rasmi sebagai "Gran Premi Monster Energy de Catalunya" berlangsung dari 3 hingga 5 Jun 2016. Ini adalah perlumbaan ketuju dalam kalendar MotoGP 2016.

Dengar cerita, Marc Marquez mahu membalas dendam atas kekalahannya terhadap Jorge Lorenzo manakala Valentino Rossi pula mahu menebus malu tatkala dilanda nasib malang ketika perlumbaan MotoGP di litar Mugello, Itali, pada 21 hingga 23 Mei 2016.

Kami seakan tidak sabar melihat apa bakal berlaku. Oh!