Dani Pedrosa Melanjutkan Kontrak

Dani Pedrosa 1 Repsol Honda Blog MotoGP Melayu

Dani Pedrosa melanjutkan kontrak sebagai pelumba bersama pasukan Repsol Honda untuk tempoh dua tahun lagi bermula dari Mei 2016 sehingga Mei 2018.

Sebelum menandatangani perjanjian kontrak baharu bersama Repsol Honda dan pada saat kontrak Dani bersama pasukan Respol Honda hampir tamat tempoh terdapat desas desus menyatakan kononnya Dani Pedrosa akan berpindah ke pasukan Movistar Yamaha ataupun pasukan lain kerana sudah terlalu agak lama dalam pasukan Honda.

Dani Pedrosa tidak pernah menyertai mana-mana pasukan lain tatkala mula menginjakkan kaki sebagai pelumba MotoGP.

Sebaik sahaja masuk ke MotoGP, Dani Pedrosa terus memilih untuk menjadi pelumba bagi pasukan Repsol Honda. Sehingga kini, Dani Pedrosa terus memilih untuk kekal bersama Honda.

Nampaknya, Dani Pedrosa memamg meminati Honda sejak dahulu lagi.

Pembaharuan kontrak di antara Dani Pedrosa dan pasukan Respol Honda di umumkan secara rasmi oleh Shuhei Nakamoto, Presiden Honda Racing Corporation dalam sebuah sidang akhbar rasmi.

Mengikut catatan sejarah perlumbaan peribadinya, Dani Pedrosa telah menjadi pelumba Honda sejak dari mula menjadi pelumba professional lagi.

Pendek kata, sepanjang karier sebagai pelumba motorsikal, Dani Pedrosa hanya berlumba sebagai pelumba pasukan Honda dan bukan pasukan lain sama ada Yamaha ataupun Ducati.

Dani Pedrosa memulakan karier sebagai pelumba professional sepenuh masa pada tahun 2001 dengan berlumba untuk pasukan Honda dalam kelas 125cc.

Setelah menjadi juara 125cc, Dani Pedrosa berlumba pula dalam kelas 250cc (juga bersama pasukan Honda) lalu tampil menjadi juara sebanyak dua kali dalam kelas tersebut.

Seterusnya, Dani berpindah ke kelas paling atas iaitu kelas 1000cc pada tahun 2006 bersama pasukan Repsol Honda. Tidak kira apa jua nama pasukan yang disertai oleh Dani, pasti ada nama Honda dan pasti menggunakan jentera motorsikal buatan Honda.

Tatkala bersama pasukan Repsol Honda di perlumbaan MotoGP, Dani Pedrosa memperolehi tempat kedua secara keseluruhan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2007, 2010, 2012.

Dani Pedrosa berjaya memperoleh tempat ketiga secara keseluruhan sebanyak tiga kali dalam sejarah penyertaannya dalam MotoGP iaitu pada tahun 2008, 2009,2013, kesemuanya sebagai pelumba Repsol Honda.

Dani Pedrosa merupakan pelumba Repsol Honda kedua terbanyak menaiki podium selepas Mick Doohan.

Sehingga ke saat artikel ini kami tulis, Dani Pedrosa telah naik ke podium sebanyak 142 kali sepanjang berada di MotoGP kemudian pernah menjadi juara perlumbaan MotoGP sebanyak 51 kali, hanya 3 tangga berbeza dengan rekod Mick Doohan yang muncul menjadi juara perlumbaan sebanyak 54 kali sepanjang menyertai MotoGP.

Sebagai peminat MotoGP, kami berharap Dani Pedrosa terus kekal bersama Repsol Honda.

Walaupun hanya berbadan kecil dan mempunyai ketinggian tidak sampaipun 160cm, Dani Pedrosa mempunyai kemahiran menunggang yang tinggi kerana mampu mengawal motorsikal berkuasa 1000cc saat sedang berlumba di atas litar.

Saat berlumba bersama Casey Stoner sebagai rakan pasukan, Dani Pedrosa langsung tidak merasa tergugat dengan kehebatan Casey Stoner bahkan memberi saingan hebat buat Casey Stoner saat kedua-duanya saling kejar mengejar di atas litar.

Gandingan Dani Pedrosa dan Casey Stoner menjadikan pasukan Repsol Honda muncul menjadi pasukan MotoGP digeruni ramai selain pasukan lain seperti Yamaha dan Ducati.

Setelah Casey Stoner bersara dari perlumbaan MotoGP, Dani Pedrosa digandingkan pula dengan Marc Marquez yang muncul menjadi juara MotoGP pada usia 20 tahun tatkala menjadi pelumba pertama pasukan Respol Honda pada tahun pertama penyertaan dalam MotoGP.

Dani Pedrosa tidak merasa tergugat dengan kehadiran Marc Marquez bahkan memilih untuk menjadi pelengkap kepada Marc Marquez dalam usaha mengumpul mata keseluruhan untuk pasukan Repsol Honda.

Semoga Dani Pedrosa terus memberi yang terbaik sepanjang menjadi pelumba MotoGP.