Helmet 'Mugiallo' Edisi Khas AGP Untuk Valentino Rossi

1 Valentino Rossi’s Mugiallo Helmet Italian MotoGP 2016


Helmet 'Mugiallo' edisi khas AGV untuk Valentino Rossi telah diperkenalkan kepada umum bersempena dengan perlumbaan GP Itali. Valentino Rossi sebenarnya berasal dari Itali dan perlumbaan GP Itali merupakan sebuah perlumbaan bermakna untuknya kerana dia akan berlumba di litar negara asalnya yang terletak di Mugello. Kuning merupakan warna rasmi Valentino Rossi. Sebelum ini, Valentino Rossi pernah muncul bermula dengan sut MotoGP berwarna kuning.

1 Valentino Rossi’s Mugiallo Helmet Italian MotoGP 2016


Helmet khusus untuk Valentino Rossi direka dengan menggunakan warna kuning sebagai warna keseluruhan. Mengikut Aldo Drudi yang merupakan pereka bentuk utama untuk helmet khas Valentino Rosi, dia dan pasukannya bermain dengan warna kuning bersempena dengan perkataan 'Mugiallo' yang bermakna kuning. Perkataan itu jugalah yang dilekat pada bahagian dahi helmet edisi khas tersebut. Perkataan 'Mugiallo' hampir menyamai bunyi nama litar Mugello iaitu litar yang menjadi litar rasmi bagi perlumbaan GP Itali.

Menurut Aldo Drudi lagi, warna kuning pada helmet tersebut akan menjadikan pemakainnya mudah untuk dikenali walau berada di tengah-tengah kelompok besar pelumba MotoGP yang lain.  Pada bahagian helmet edisi khas Valentino Rosi yang dikeluarkan oleh AGP, terdapat nombor 46 bersama dengan gambar tiga ekor kucing. yang diwarnakan hijau, putih dan merah  - ketiga-tiganya mewakili warna bendera negara Itali. Pada bahagian atas helmet tersebut, terdapat lukisan litar Mugello yang menjadi kebanggaan rakyat Itali, termasuklah kebanggaan Valentino Rosi sendiri.

Pastinya rekaan topi kaledar edisi khas itu akan menyuntik semangat tinggi buat Valnetino Rosi untuk muncul sebagai juara bagi perlumbaan GP Itali.


<